Monday 8 February 2010

Bab-Bab Solat l Ustaz Amran Yusuf l Masjid Al-Huda l 29 Januari 2010

sambungan dari Kuliah Ustaz Amran Yusuf yang lepas.

Bab-bab Solat

Hukum Orang Yang Meninggalkan Solat

3. Ditolak segala amal kebajikan
  • Solat merupakan tiang agama dan tanggungjawab pertama yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jikalau rosak amalan solat maka rosaklah amal kebajikan yang lain.
  • Surah Mariam:59
فَخَلَفَ مِنۢ بَعۡدِهِمۡ خَلۡفٌ أَضَاعُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُواْ ٱلشَّہَوَٲتِ‌ۖ فَسَوۡفَ يَلۡقَوۡنَ غَيًّا (٥٩
maksudnya:
Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka), (59)


Rasulullah S.A.W bersabda: Ibadat pertama yang akan ditanya oleh Allah ialah solat (solat fardhu). Maka jika rosak solatnya, maka rosaklah segala amalan kebajikannya dan tidak akan diterima oleh Allah kerana amalan yang utama telah ditinggalkan. ( Hadith Riwayat Tibrani)


4. Hukum orang yang meninggalkan solat kerana terlupa, tertidur dan uzur.
  • Tidak berdosa sekiranya tertinggal solat, tetapi wajib dikerjakan selepas sedar.
Nabi bersabda: Sekiranya kamu tertidur atau terlupa melaksanakan solat tidak berdosa, tetapi wajib melakukannya selepas sedar.


5. Orang yang melambatkan solat.
  • Menurut Ibn Mas'ud: Mereka yang melewat-lewatkan solat akan mendapat azab seksa yang amat pedih dari Allah.
  • Surah Al-Maun: 4-7
فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦) وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ (٧
maksudnya:
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; (4) (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (5) (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), (6) Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). (7)

  • Surah Al- Munafiqun: 9
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَٲلُكُمۡ وَلَآ أَوۡلَـٰدُڪُمۡ عَن ذِڪۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (٩
maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (9)

No comments:

Post a Comment