Tuesday 9 February 2010

Mukjizat-mukjizat Rasulullah S.A.W l Ustaz Uda Kassim l Masjid Al-Huda l 4 Februari 2010

Mukjizat-mukjizat Rasulullah S.A.W

Ulama' membahagikan mukjizat kepada:
1. Hissiyah
  • mukjizat yang dapat dilihat oleh pancaindera
  • contoh: bulah terbelah ketika orang-orang yahudi meminta Rasulullah membelah bulan dan air keluar dari jari Rasulullah ketika tentera Islam sedang kehausan.
2. Ma'nawiyah
  • tidak boleh dilihat melalui pancaindera tetapi bole dirasai menggunakan hati.
  • conoth: Al-Quran dan kandungannya.
Mukjizat adalah kelebihan untuk para nabi dan rasul, Karamah adalah kelebihan bagi orang-orang yang soleh dan Istidraj pula ialah kelebihan bagi orang-orang yang zalim.

Mukjizat juga dibahagikan kepada:
1. Af'al
  • Perbuatan
2. Aqwal
  • percakapan
  • semua perkataan nabi dibenarkan oleh Allah.
Bukti-bukti mukjizat Aqwal dari himpunan Hadith Rasulullah S.A.W.

Dari Abu Hurairah R.A: Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila kerajaan Kisra dan Kaisar hancur, tidak akan ada lagi kerajaan Kisra dan Kaisar. (Kisra= Parsi, Kaisar= Rom) Sesungguhnya seluruh perbehendaraan kerajaan Kisra dan Kaisar akan menjadi harta rampasan umat Islam dan akan dibahagikan kepada tentera dan diinfa'kan pada jalan Allah. ( Hadith Riwayat Ahmad Tarmizi)

  • Kerajaan Parsi telah dihancurkan oleh kerajaan Islam yang dipimpin oleh Khalifah Umar al-Khattab. Manakala, kerajaan Rom sudah mengalami kekalahan demi kekalahan kepada tangan umat Islam sejak kepimpinan Rasulullah sehingga akhirnya mereka jatuh tersungkur pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Sehingga hari ini, sememangnya, kedua-dua kerajaan hebat ini tidak pernah bangkit semula.
Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya, (umat Islam) kamu akan menawan negara Mesir. Ketika kamu menawan negara Mesir, berlaku baiklah kepada rakyatnya kerana ada hubungan kekeluargaan dan kehormatan antara kamu dengan mereka. ( Hadith Riwayat Imam Muslim)

  • Hubungan kehormatan dan kekeluargaan.
  1. Nabi Ibrahim telah berkahwin dengan Siti Hajar yang merupakan rakyat Mesir. Dari perkahwinan itu, lahirlah keturunan Nabi Muhammad S.A.W.
  2. Ketika Nabi Muhammad S.A.W menghantar utusan da'wah ke Mesir, Raja Mesir memberi layanan yang baik dan menghantar pulang utusan da'wah Islam dengan ucapan terima kasih dan memberi hadiah kepada Rasulullah.
Rasulullah S.A.W bersabda: Rasulullah berkata pada Adi bin Hatim, Rasulullah bertanya, Pernahkah kau melihat Hairah? Adi menjawab, Hairah itu sangat jauh. Rasulullah berkata, wahai Adi, suatu hari nanti, kau akan melihat bahawa akan ada seorang wanita daripada Hairah, datang ke Masjidil Haram, bertawaf tanpa diganggu dan pulang dengan selamat.


Rasululluh bersabda: Sesungguhnya Allah telah mengimpunkan bumni untuk aku. Setelah Allah melipat bumi, aku telah melihat seluruh bumi dari utara ke selatan. Rasulullah berkata bahawa Umat Islam suatu hari nanti, kerajannya akan memerintah seluruh tempat yang telah ku lihat itu. (hadith riwayat Imam Tarmizi dan Abu Daud)

  • Melalui hadith ini, ada yang sudah terjadi dan ada yang belum. Eropah suatu ketika dahulu telah dikuasai oleh Islam selama lebih 800 tahun. Hari ini, masih ada negara Eropah yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan masih banyak budaya-budaya Islam yang diterapkan dalam universiti-universiti mereka terutamanya.
  • Dengan kecanggihan teknologi hari ini, penyebaran Islam mampu dilaksanakan dengan efektif dan sistematik.
  • Buktinya apabila Islam kini merupakan agama yang paling pantas tersebar di negara-negara kuasa dunia seperti Amerika, Eropah dan seluruh dunia.

Monday 8 February 2010

Permasalahan Suami dan Isteri l Ustaz Syarif l Masjid Al-Huda l 3 Februari 2010

Permasalahan Suami dan Isteri
Zihar

Surah Al-Mujadilah:1-4

قَدۡ سَمِعَ ٱللَّهُ قَوۡلَ ٱلَّتِى تُجَـٰدِلُكَ فِى زَوۡجِهَا وَتَشۡتَكِىٓ إِلَى ٱللَّهِ وَٱللَّهُ يَسۡمَعُ تَحَاوُرَكُمَآ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعُۢ بَصِيرٌ (١) ٱلَّذِينَ يُظَـٰهِرُونَ مِنكُم مِّن نِّسَآٮِٕهِم مَّا هُنَّ أُمَّهَـٰتِهِمۡ‌ۖ إِنۡ أُمَّهَـٰتُهُمۡ إِلَّا ٱلَّـٰٓـِٔى وَلَدۡنَهُمۡ‌ۚ وَإِنَّہُمۡ لَيَقُولُونَ مُنڪَرً۬ا مِّنَ ٱلۡقَوۡلِ وَزُورً۬ا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَعَفُوٌّ غَفُورٌ۬ (٢) وَٱلَّذِينَ يُظَـٰهِرُونَ مِن نِّسَآٮِٕہِمۡ ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا قَالُواْ فَتَحۡرِيرُ رَقَبَةٍ۬ مِّن قَبۡلِ أَن يَتَمَآسَّا‌ۚ ذَٲلِكُمۡ تُوعَظُونَ بِهِۦ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬ (٣) فَمَن لَّمۡ يَجِدۡ فَصِيَامُ شَہۡرَيۡنِ مُتَتَابِعَيۡنِ مِن قَبۡلِ أَن يَتَمَآسَّا‌ۖ فَمَن لَّمۡ يَسۡتَطِعۡ فَإِطۡعَامُ سِتِّينَ مِسۡكِينً۬ا‌ۚ ذَٲلِكَ لِتُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ‌ۚ وَتِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ‌ۗ وَلِلۡكَـٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ (٤
maksudnya:
Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil dia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (1) Orang-orang yang "ziharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. (2) Dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu) dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. (3) Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliah) dan itulah batas-batas hukum Allah dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (4)


Asbabul Nuzul ( Sebab penurunan ayat)
  • Saidatina Aisyah meriwayatkan: bahawa suatu ketika, datang seorang wanita (Khaulah binti Sa'labah) kepada Rasulullah S.A.W menceritakan masalah suaminya. Wanita itu mengadu bahawa suaminya itu menziharkannya (menyamakan belakangnya dengan ibu suaminya). Lalu apabila wanita itu pulang, dia berdoa mengadu kepada Allah. Tidak lama selepas itu, diturunkan ayat mengenai hukum zihar.
  • Apakah yang membuatkan wanita itu gelisah padahal masih belum ada hukum mengenai zihar?
  • Ibn Abbas berkata: Bahawasanya, kepercayaan jahiliah menyatakan bahawa apabila isterinya diziharkan, maka haram wanita tersebut bagi suaminya.
Hukum Zihar
  • Ketika zaman Jahiliah, apabila zihar dilaksanakan, maka jatuh talak
  • setelah diturunkan hukum zihar dalam Islam, hukum ini digelar hukum zihar.
  • jikalau seseorang menziharkan isterinya, maka dia perlu membayar khafarah sebelum menyentuhnya semula.
  • terdapat khilaf ulama'
  1. haram melakukan apa-apa (sentuh, duduk, makan bersama etc) dengan isterinya sebelum membayar khafarah. (mazhab hanafai, hambali dan maliki)
  2. Imam As-Syafie pula mengatakan bawaha hanya haram bersetubuh dengannya sebelum membayar khafarah. (salah satu dari fatwa Imam As-Syafie)
  • Tidak dikira zihar sekiranya isteri yang menyamakan belakang suami dengan ibunya. Hal ini adalah kerana kuasa untuk menghalalkan dan mengharamkan pernikahan terletak pada tangan suami.
  • Mengapa persamaan dengan ibu sahaja? (seperti yang ditulis dalam Al-Quran)
  1. menurut jumhur ulama', persamaan dengan ibu sahaja yang menjadi zihar.
  2. walaubagaimanapun, menurut pandangan Imam As-Syafie, persamaan dengan wanita yang haram dikahwini (muhrim) turut menyebabkan zihar.
Khafarah Zihar
  1. Memerdekakan seorang hamba, jika tidak mampu
  2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak mampu
  3. Memberi makanan kepada 60 orang miskin
  • perlu diikuti secara bertertib. tidak boleh memilih sahaja. perlu mengikut kemampuan.
Hikmah Khafarah Zihar
  • Supaya menjadi pengajaran kepada umat Islam agar berlaku adil dalam kehidupan rumah tangga dan jangan sekali-kali mendekati perbuatan zihar.
Pengajaran Ayat.
  • Allah mendengar aduan hamba-hambanya yang ikhlas.
  • Tidak boleh kita hendak menyamakan isteri dengan orang yg muhrim bagi kita
  • Dalam perihal melunaskan khafarah, kita perlu mengikut susunan dan tertib.

Peringatan Kepada Manusia l Ustaz Ghazali Omar l Masjid Al-Huda l 2 Februari 2010

sambungan dari Kuliah Ustaz Ghazali Omar yang lepas.

Peringatan Kepada Manusia
Pengajaran ke-19


Sabar
  • Allah menyuruh manusia untuk sentiasa sabar dalam melaksanakan perintah Allah.
  • Sabar dalam meninggalkan perkara-perkara yang ditegah Allah
  • Sabar dalam menghadapi ujian Allah.
Merendah Diri dan Tawadhu'.
  • Allah meminta kita untuk sentiasa merendah diri dan tawadhu'.
  • sifat merendah diri ini sentiasa menyelamatkan diri tetapi sebaliknya, orang yang sombong akan ditimpa kebinasaan.
  • Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang sentiasa tawadhu'.
Bersyukur
  • Allah meminta kita untuk bersyukur kepada Allah, nescaya Allah akan menambahkan nikmatnya.
  • Sebalinya, sekiranya kita kufur kepada Allah, ingat akan azab seksa yang telah disediakan.
  • nikmat Allah tidak sahaja dalam bentuk harta, malah nikmat Allah sungguh meluas termasuklah kesihatan, kesempurnaan anggota tubuh badan dan ilmu.
Memohon Kemapunan
  • Nabi Muhammad S.A.W beristghfar sekurang-kurangnya 70 kali satu hari sedangkan baginda seorang yang maksum (terhidar dari segala dosa) .
  • Saidatina Aisyah R.A menceritakan bahawa antara amalan yang dilakukan Nabi Muhammad S.A.W sebelum tidur ialah beristighfar.
  • Allah berfirman bahawa apabila hambanya beroda kepada Allah, Allah akan dekat padanya.
  • Dalam konsep keampunan, kita hendak sentiasa berharap dan bersangka baik bahawa Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita walaupun dosa kita itu terlalu besar.
Bertaubat
  • Allah meminta kita untuk bertaubat kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat kita.
  • Kita diminta untuk bertaubat dengan taubat nasuha iaitu taubat yang bersungguh-sungguh melalui:
  1. Penginsafan
  2. Menyesali
  3. Meninggalkan
Memohon Bantuan Allah
  • Allah meminta kita untuk memohon segalanya dengan Allah. nescaya Allah akan perkenankan.
Bersedekah
  • Allah meminta kita untuk sentiasa bersedekah
  • Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan kemurkaan Allah.
  • Bukti rezeki yang berjat:
  1. Semakin dekat dengan Allah
  2. Hubungan dengan keluarga semakin erat
  3. Semakin menjadi orang yang pemurah dan rajin bersedekah
Berkasih-sayang
  • Allah meminta kita untuk menzahirkan kasih-sayang kita, nescaya Allah akan memanjangkan umur kita
  • Kita hendaklah sentiasa menzahirkan kasihnya kita kepada Allah dan Rasulullah S.A.W dengan amalan-amalan seperti berzikir dan berselawat.
  • Kita hendaklah sentiasa menunjukkan kasih kita dengan ahli keluarga seperti ibu dan bapa, ister dan anak-anak dengan berbakti kepada kedua orang tua dan sentiasa mentarbiah keluarga kita dengan ilmu agama sebagai asas kehidupan.
Solat
  • Allah menyuruh kita menunaikan solat, nescaya Allah akan memberi kesihatan kepada kita.

Kitab Aqidatul Najim l Ustaz Ghazali Hasbullah l Masjid Al-Huda l 31 Januari 2010

Kitab Aqidatul Najim
(muka surat: 12 dan 13-baris ke-2)


Diriwayat dari Siti Aisyah R.A: Rasulullah memohon dihidupkan kedua ibu bapanya, diseru beriman, mereka beriman dan dimatikan semula.

  • Hal ini menunjukkan bahawa kedua ibu-bapa Rasulullah merupakan Muslim.
Bermula Baligh Kanak-Kanak
1. Keluar air mani.
  • Cukup umur 9 tahun, jikalau kurang dari 9 tahun, walaupun keluar ari mani, dikira masih belum baligh.
2. Sempurna umurnya 15 tahun.
  • Perempuan dilebihkan dengan haid.
  • dikira baligh, walaupun belum cukup umur 9 tahun iaitu kurang selama 15 hari.
  • wajib atas wali kanak-kanak mengajarnya mengenai hal-hal fardhu
  • perkara-perkara yang wajib diajar:
  1. perkara yang wajib pada zat Allah
  2. perkara yang mustahil perkara Allah.
  3. perkara harus pada Allah.
  • suami wajib memberi didikan kepada isteri
  • tuan wajib mengajar hamba-hambanya. (tiada lagi di zaman ini)
Berkata ulama': Haram mempelajari ilmu tauhi dengan guru yang tidak mahir dalam perkara-perkara tauhid termasuklah sifat dan perilakunya terhadap Allah. Termasuklah guru yang tidak mempelajari dari ulama'-ulama' yang pakar dalam bidang tauhid.

  • Dunia hari ini terlalu ramai manusia yang mengaku alim dan sesat lagi menyesatkan. Mereka ini seumpama Dajjal, menyesatkan umat Islam sehingga boleh jatuh dalam kekafiran.
  • Hukumnya mengenal Allah dan Rasul adalah wajib. Yang mewajibkannya ialah syarak dan syarat wajibnya isalah berakal.
  • Berkata pengarang, bahawa ma'rifat dan ilmu berseiringan
  • Mereka ini digelar Jazam
Jazam
Orang-orang yang jazam:
1. Tidak Berubah Pegangannya.
  • sebagai contoh: berpegang pada Allah sebagai tuhan selama-lamanya
2. Tidak Jahil, Syak, Zon (sedikit ragu) dan Waham (banyak ragu).
  • hendak menyingkirkan kejahilan adalah dengan belajar.
3. Menyembah(percaya dan yakin) kepada yang sebenar. (Muafaqat)
  • contoh: sentiasa menyembah Allah dan percaya akan Allah tidak kira senang mahupun susah.
  • sekiranya tidak berpegang kepada Al-Quran, maka dikira tidak Muafaqat.
Jazam itu merupakan pegangan yang yakin. Perkara yang menyebabkan keluar dari Jazam:
  1. Syak(ragu-ragu, 50:50)
  2. Zon(kurang ragu)
  3. Waham(banyak ragu)
Jazam yang tidak Muafaqat tidak digelar Jazam sebaliknya digelar Jahil. Contohnya: Nasrani, Yahudi dan Majusi.

Bab-Bab Solat l Ustaz Amran Yusuf l Masjid Al-Huda l 29 Januari 2010

sambungan dari Kuliah Ustaz Amran Yusuf yang lepas.

Bab-bab Solat

Hukum Orang Yang Meninggalkan Solat

3. Ditolak segala amal kebajikan
  • Solat merupakan tiang agama dan tanggungjawab pertama yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jikalau rosak amalan solat maka rosaklah amal kebajikan yang lain.
  • Surah Mariam:59
فَخَلَفَ مِنۢ بَعۡدِهِمۡ خَلۡفٌ أَضَاعُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُواْ ٱلشَّہَوَٲتِ‌ۖ فَسَوۡفَ يَلۡقَوۡنَ غَيًّا (٥٩
maksudnya:
Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka), (59)


Rasulullah S.A.W bersabda: Ibadat pertama yang akan ditanya oleh Allah ialah solat (solat fardhu). Maka jika rosak solatnya, maka rosaklah segala amalan kebajikannya dan tidak akan diterima oleh Allah kerana amalan yang utama telah ditinggalkan. ( Hadith Riwayat Tibrani)


4. Hukum orang yang meninggalkan solat kerana terlupa, tertidur dan uzur.
  • Tidak berdosa sekiranya tertinggal solat, tetapi wajib dikerjakan selepas sedar.
Nabi bersabda: Sekiranya kamu tertidur atau terlupa melaksanakan solat tidak berdosa, tetapi wajib melakukannya selepas sedar.


5. Orang yang melambatkan solat.
  • Menurut Ibn Mas'ud: Mereka yang melewat-lewatkan solat akan mendapat azab seksa yang amat pedih dari Allah.
  • Surah Al-Maun: 4-7
فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦) وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ (٧
maksudnya:
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; (4) (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (5) (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), (6) Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). (7)

  • Surah Al- Munafiqun: 9
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَٲلُكُمۡ وَلَآ أَوۡلَـٰدُڪُمۡ عَن ذِڪۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (٩
maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (9)

Perihal Bulan Safar l Ustaz Halim Din l Masjid Al-Huda l 27 Januari 2010

Perihal Bulan Safar

Perbuatan-perbuatan khurafat ketika Bulan Safar
  • Melepaskan burung sebelum keluar dari rumah untuk pergi berniaga atau bekerja. Sekiranya burung terbang ke atas atau ke kanan, maka dia boleh keluar dari rumahnya dengan selamat. Namun jika burung itu terbang ke bawah atau ke kiri, maka itu merupakan petanda yang tidak baik. Hal ini adalah kepercayaan khurafat yang dipercayai oleh Kafir Musyrik Mekah ketika Zaman Jahiliah.
  • Orang Melayu pula percaya bahawa pada hari Rabu, minggu ke-4, bala akan diturunkan.
  • Orang Melayu juga mengadakan pesta mandi Safar.
  • Masayarat Melayu dahulu-kala, malahan masih ada yang melarang perkahwinan berlaku pada bulan Safar.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
  • Tidak ada sebarang penyakit dan penyularaan dalam bulan Safar.
  • Tiada penentuan sesuatu berdasarkan burung.
  • Tiada kemudaratan pada burung hantu.
  • Tiada bala dalam bulan safar.
Jikalau berlaku sebarang perkara yang tidak diingini dalam bulan Safar, perkara tersebut tiada kene-mengena dengan bulan Safar dan semuanya datang dari kehendak Allah.

Hijrah & Amanah l Ustaz Zaid Hamzah l Masjid Al-Huda l 22 Januari 2010

Hijrah Bersama Islam, Iman dan Jihad.

Muqaddimah
  • Hari ini, kita telah melakukan banyak perubahan dari pelbagai aspek. Namun persoalannya, adakah perubahan itu bersama Islam dan Iman?
  • Konsep Hijrah diterangkan dalam Surah At-Tawba:20-22
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَـٰهَدُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِہِمۡ أَعۡظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَآٮِٕزُونَ (٢٠) يُبَشِّرُهُمۡ رَبُّهُم بِرَحۡمَةٍ۬ مِّنۡهُ وَرِضۡوَٲنٍ۬ وَجَنَّـٰتٍ۬ لَّهُمۡ فِيہَا نَعِيمٌ۬ مُّقِيمٌ (٢١) خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدًا‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُ ۥۤ أَجۡرٌ عَظِيمٌ۬ (٢٢
maksudnya:
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (20) Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. (21) Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar. (22)


Konsep Hijrah
  1. Dorongan Islam, Iman dan Jihad
  2. Bersedia untuk berubah
  3. menjadi agen perubahan
6 Jaminan Syurga
  1. Benar ketika berbicara
  2. Tunaikan amanah
  3. Tepati janji
  4. Meninggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah
  5. Memelihara aib diri dan orang lain
  6. Menahan tangan(diri) dari melakukan kejahatan
Amanah
  • Amanah bererti bertanggungjawab dan mampu diberi kepercayaan.
  • Surah Al-Ahzab:72
إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَہَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡہَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَـٰنُۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ ظَلُومً۬ا جَهُولاً۬ (٧٢
maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (72)


Resepi Menjadi Amanah
  1. Mendapat hidayah dan taufiq dari Allah
  2. Menjadikan seluruh kehidupan sebagai ibadah
  3. Menggunakan kehidupan untuk jalan syariat Islam
  4. Sentiasa menyediakan bekalan menuju akhirat (bekalan terbaik ialah TAQWA)
  5. Mendorong kepada kebahagiaan
  6. Mengatasi penghalang utama iaitu dosa.
  • Surah Al-Anfal : 27
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٢٧
maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). (27)


  • Surah An-Nisa': 58
إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦۤ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرً۬ا (٥٨
maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (58)


Amanah Melalui Kaedah Islam
  • Elemen Dalaman
  1. Hati- Raja pada diri
  2. Akal- Penasihat Hati
  3. Nafsu- Penjahat dalam diri
Persoalan Muhasabah Diri

Anda seorang sahaja yang mengetahui jawapannya. Pilihan jawapan : Tidak pernah, kadang-kala, selalu, sentiasa. Jadikan soalan-soalan ini sebagai kayu pengukur dalam diri masing-masing.
  1. Adakah kita amanah?
  2. Adakah kita komited dengan masa?
  3. Adakah kita gagal melaksanakan tugasan yang diberikan?
  4. Adakah kita sanggup menipu demi mengelakkan ketegangan?
  5. Adakah kita sentiasa memulangkan benda-benda yang dipinjam tepat pada masanya?
  6. Adakah kita gemar membicarakan perkara-perkara mengenai aib kawan-kawan kita di belakang mereka?
Berdasarkan jawapan kita, adakah kita orang yang amanah?