Tuesday 9 February 2010

Mukjizat-mukjizat Rasulullah S.A.W l Ustaz Uda Kassim l Masjid Al-Huda l 4 Februari 2010

Mukjizat-mukjizat Rasulullah S.A.W

Ulama' membahagikan mukjizat kepada:
1. Hissiyah
  • mukjizat yang dapat dilihat oleh pancaindera
  • contoh: bulah terbelah ketika orang-orang yahudi meminta Rasulullah membelah bulan dan air keluar dari jari Rasulullah ketika tentera Islam sedang kehausan.
2. Ma'nawiyah
  • tidak boleh dilihat melalui pancaindera tetapi bole dirasai menggunakan hati.
  • conoth: Al-Quran dan kandungannya.
Mukjizat adalah kelebihan untuk para nabi dan rasul, Karamah adalah kelebihan bagi orang-orang yang soleh dan Istidraj pula ialah kelebihan bagi orang-orang yang zalim.

Mukjizat juga dibahagikan kepada:
1. Af'al
  • Perbuatan
2. Aqwal
  • percakapan
  • semua perkataan nabi dibenarkan oleh Allah.
Bukti-bukti mukjizat Aqwal dari himpunan Hadith Rasulullah S.A.W.

Dari Abu Hurairah R.A: Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila kerajaan Kisra dan Kaisar hancur, tidak akan ada lagi kerajaan Kisra dan Kaisar. (Kisra= Parsi, Kaisar= Rom) Sesungguhnya seluruh perbehendaraan kerajaan Kisra dan Kaisar akan menjadi harta rampasan umat Islam dan akan dibahagikan kepada tentera dan diinfa'kan pada jalan Allah. ( Hadith Riwayat Ahmad Tarmizi)

  • Kerajaan Parsi telah dihancurkan oleh kerajaan Islam yang dipimpin oleh Khalifah Umar al-Khattab. Manakala, kerajaan Rom sudah mengalami kekalahan demi kekalahan kepada tangan umat Islam sejak kepimpinan Rasulullah sehingga akhirnya mereka jatuh tersungkur pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Sehingga hari ini, sememangnya, kedua-dua kerajaan hebat ini tidak pernah bangkit semula.
Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya, (umat Islam) kamu akan menawan negara Mesir. Ketika kamu menawan negara Mesir, berlaku baiklah kepada rakyatnya kerana ada hubungan kekeluargaan dan kehormatan antara kamu dengan mereka. ( Hadith Riwayat Imam Muslim)

  • Hubungan kehormatan dan kekeluargaan.
  1. Nabi Ibrahim telah berkahwin dengan Siti Hajar yang merupakan rakyat Mesir. Dari perkahwinan itu, lahirlah keturunan Nabi Muhammad S.A.W.
  2. Ketika Nabi Muhammad S.A.W menghantar utusan da'wah ke Mesir, Raja Mesir memberi layanan yang baik dan menghantar pulang utusan da'wah Islam dengan ucapan terima kasih dan memberi hadiah kepada Rasulullah.
Rasulullah S.A.W bersabda: Rasulullah berkata pada Adi bin Hatim, Rasulullah bertanya, Pernahkah kau melihat Hairah? Adi menjawab, Hairah itu sangat jauh. Rasulullah berkata, wahai Adi, suatu hari nanti, kau akan melihat bahawa akan ada seorang wanita daripada Hairah, datang ke Masjidil Haram, bertawaf tanpa diganggu dan pulang dengan selamat.


Rasululluh bersabda: Sesungguhnya Allah telah mengimpunkan bumni untuk aku. Setelah Allah melipat bumi, aku telah melihat seluruh bumi dari utara ke selatan. Rasulullah berkata bahawa Umat Islam suatu hari nanti, kerajannya akan memerintah seluruh tempat yang telah ku lihat itu. (hadith riwayat Imam Tarmizi dan Abu Daud)

  • Melalui hadith ini, ada yang sudah terjadi dan ada yang belum. Eropah suatu ketika dahulu telah dikuasai oleh Islam selama lebih 800 tahun. Hari ini, masih ada negara Eropah yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan masih banyak budaya-budaya Islam yang diterapkan dalam universiti-universiti mereka terutamanya.
  • Dengan kecanggihan teknologi hari ini, penyebaran Islam mampu dilaksanakan dengan efektif dan sistematik.
  • Buktinya apabila Islam kini merupakan agama yang paling pantas tersebar di negara-negara kuasa dunia seperti Amerika, Eropah dan seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment