Monday 25 January 2010

Al-Quran Al-Karim l Ustaz Mohd Sapidin l Masjid Al-Huda

Al-Quran Al-Karim

Keistimewaan Al-Quran
  • Al-Quran merupakan kitab yang paling hebat
  • Merupakan Mukjizat dan peninggalan Nabi Muhammad S.A.W yang paling agong
  • Al-Quran merupakan kitab yang dipelihara oleh Allah.
  • Mereka yang cuba menyelewengkan Al-Quran akan dibutakan mata mereka di akhirat kelak.
  • Disebabkan perlindungan Allah, Al-Quran kini semakin tersebar ke seluruh pelusuk dunia.
  • Allah menyeru manusia menjauhi Taghut, iaitu yang bertentangan dengan Al-Quran.
  • Manusia terutamanya umat Islam kini tidak menyedari bahawa mereka banyak mengikut taghut iaitu syaitan dalam bentuk jin mahupun manusia
  • Seluruh perkara dalam kehidupan perlu berteraskan Al-Quran. Malang sekali, dunia hari ini menjadi sebalinya. Sebagai contoh, kata-kata: "Pentadbiran dan politik tidak boleh dicampurkan dengan agama." Hal ini merupakan satu bentu Sekularisme iaitu pemisahan antara kehidupan harian dengan agama. Al-Quran telah menyediakan jalan penyelesaian yang terbaik terhadap semua masalah.
  • Al-Quran ini difahami oleh orang-orang terpilih sahaja iaitu Rasulullah dan para alim-ulama' yang merupakan pewaris para rasul. Oleh sebab itu, umat Islam perlu meningkatkan usaha untuk menuntu ilmu dari para ulama' untuk memahami Al-Quran dan agama Islam. Antara caranya ialah, menghadiri kuliah-kuliah agama yang diadakan hampir setiap hari di masjid-masjid berdekatan.
Jaminan Al-Quran Dipelihara.
  • Umat Islam tidak perlu bimbang akan keselamatan Al-Quran sebaliknya kita perlu melaksanakan hukum-hukum yang telah diperintahkan kepada kita dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan sahaj hukum-hukum ibadat, tetapi termasuk hukum-hukum berkaitan muamalat (kewangan), politik, jenayah dan lain-lain.
  • Kita bukan sahaja dituntut membaca Al-Quran, malahan kita diwajibkan untuk mendalami, mengamalkan dan menyebarkan ajaran-ajaran yang disampaikan dalam Al-Quran.
  • Surah Al-Anaam:38
وَمَا مِن دَآبَّةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا طَـٰٓٮِٕرٍ۬ يَطِيرُ بِجَنَاحَيۡهِ إِلَّآ أُمَمٌ أَمۡثَالُكُم‌ۚ مَّا فَرَّطۡنَا فِى ٱلۡكِتَـٰبِ مِن شَىۡءٍ۬‌ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّہِمۡ يُحۡشَرُونَ (٣٨
maksudnya:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (38)

Taqwa
  • Bekalan terbaik bagi manusia dalam menempuh kehidupan selepas dunia ialah iman dan taqwa.
  • Saidina Ali Karamallah Huwajhah mendefinasikan taqwa:
  1. Taqwa itu ialah takutpada Allah
  2. Redha dengan segala nikmat walaupun sedikit
  3. Beramal dengan apa yang diturunkan iaitu Al-Quran
  4. Taqwa juga bererti bersiap-sedia menempuh hari akhirat

40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman l Ustaz Ridhwan l Masjid Al-Huda


40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman
Hadith Ke-4: Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang.


Daripada Abdullah bin Amr bin Ash: "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda":"Bahawasanya Allah swt tidak mencabut akan ilmu itu dengan sekali gus dari manusia. Tetapi Allah menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama'. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama', orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan (Hadith Riwayat Muslim)


Keterangan Hadith
  • Alim-ulama' semakin berkurangan. Hal ini menyebabkan rahmat Allah akan ditarik. Apabila alim-ulama' sudah tiada, siapakah yang ingin membela agama Allah? Maka maksiat akan berleluasa dan bala akan diturunkan.
  • Alim-ulama' juga sukar untuk mencari penggantinya. Pepatah Melayu ada berkata:"Patah tumbuh, hilang berganti." Namun pepatah ini tidak boleh diguna pakai dalam perihal alim-ulama'. Kehilangan alim-ulama' amat sukar untuk diganti. Sehingga kemuncaknya, tiada lagi ulama' atas muka bumi ini. Maka, ketika itu, tiada erti kehidupan di dunia ini. Namun apakah perkataan ini akan diucapkan oleh golongan yang Fasiq? Sudah tentu mereka yang fasiq lebih menyukai kesesatan dan kematian ulama' meluaskan lagi peluang mereka untuk sentiasa berada dalam kesesatan.
  • Alim-ulama' merupakan mereka yang menyebabkan kehidupan kita di atas muka bumi ini bermakna dan bererti. Apabila golongan ulama' sudah tiada, manusia akan hilang pedoman kehidupan.
  • Hari ini, hadith Rasulullah S.A.W sudah terbukti. Alim-ulama' semakin berkurangan dan tiada pula usaha yang diambil untuk melahirkan dan memperkasakan alim-ulama'. Sebaliknya program-program yang mengundang kemurkaan dan bala Allah semakin hebat dan alim-ulama' semakin diperlekehkan.
  • Madrasah-madrasah agama tidak mendapat perhatian masyarakat dan juga kerajaan.
  • Manusia-manusia yang bergelar cerdik pandai terlampau mengutamakan pelajaran aliran keduniaan sehingga membuang terus pelajaran dan ilmu agama yang lebih penting untuk menjadi pedoman kehidupan dunia dan akhirat.

Surah Al-Ikhlas l Ustaz Muhaimin l Masjid Al-Huda

Perihal Surah Al-Ikhlas

video kuliah ini di TVSelangor


قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدُۢ (٤

  • Merupakan surah yang diturunkan di Mekah. Surah-surah Makiah kebanyakannya memberi penekanan terhadap aspek akidah dan akhlak umat Islam.
  • Dalam surah Al-Ikhlas, aspek tauhid diberi penekanan.
  • Merupakan antara bahan pengajian yang penting bagi umat Islam sebelum berlakunya Hijrah
Kelebihan-kelebihan
  • Rasulullah bersabda: Pahala membaca surah Al-Ikhlas sama seperti membaca satu pertiga (1/3) Al-Quran.
Sebab-sebab Hadith diucapkan.
  • Seorang sahabat Rasulullah S.A.W mendengar sahabatnya yang lain mengulang-ulang membaca surah Al-Ikhlas. Beliau menganggapnya sebagai amalan yang kecil dan lantas bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Lalu Rasulullah mengucapkan hadith ini.
Al-Quran mengandungi beberapa aspek iaitu:
  1. Tauhid
  2. Hukum-hakam
  3. Kisah-kisah iktibar dan sejarah
Sebab-sebab Surah Al-Ikhlas Diturunkan (Asbabul Nuzul)
Ibn Abbas berkata: orang-orang musyrikin Mekah dan ketua mereka, Amir, berjumpa dengan Rasulullah lalu berkata: " Kamu, Muhammad, telah memecahbelahkan pihak kami, mencerca tuhan kami. Apakah hajatmu yang sebenar?
Rasulullah S.A.W menjawab: " Aku adalah utusan Allah, Aku mengajakmu meninggalkan penyembahan berhala dan menyembah Allah."
Mendengar jawapan itu, mereka pulang dengan rasa kecewa. Keesokannya mereka datang semula dan bertanya: "Ceritakan perihal tuhanmu. Adakah ia diperbuat dari emas, perak atau kayu?"
Maka untuk menjawabnya, diturunkan surah Al-Ikhlas.


Terjemahan Ayat

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١
maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

  • Esa tepat digunakan hanya untuk Allah. Esa bererti hanya satu dan tiada yang lain.
  • Surah ini merupakan intisari kepada umat Islam yang menyakini bahawa hanya Allah tuhan yang Esa dan berhak disembah.
ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢
maksudnya:
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

  • Tiada siapa yang mampu melaksanakan sebarang pekerjaan tanpa mengharap pada usaha dan tidak mengharap pada Allah.
  • Ayat ini menguji akidah umat Islam. Adakah kita benar-benar berharap pada Allah ataupun lebih berharap pada usaha dan makhluk yang lain.
لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣
maksudnya:
Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan

  • Hal ini bertentangan dengan kepercayaan Kafir Musyrik Mekah, Yahudi dan Kristian.
  • Ayat ini menafikan persamaan Allah dengan sifat makhluk.
وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدُۢ (٤
maksudnya:
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

  • Tidak ada yang sama pada:
  • Zat (fizikal)
  1. Allah itu Esa, tidak berbilang dan tidak bersusun.
  2. Tidak ada makhluk yang sama dengan Allah.
  • Sifat
  1. Sifat Allah iaitu Mendengar, Melihat dan lain-lain tidak sama dengan makhluk.
  2. Contoh: Allah Maha Mengetahui. Pengetahuan Allah tidak sama dengan pengetahuan makhluk yang bermula dengan kejahilan dan sering lupa.
  • Af'al (perbuatan)
  1. Makhluk perlu menempuhi pelbagai proses sebelum terjadinya sesuatu
  2. Allah hanya perlu berfirman "Kunfayakun","Dikatakan jadi,maka jadilah ia"
  3. Hal ini membuktikan betapa hebatnya kekuasaan Allah.
Kesimpulan
  • Surah Al-Ikhlas turut menekankan aspek keikhlasan pada Allah S.W.T
  • Hanya pada Allah matlamat kita
  • Kepadanya kita bersabar,bersyukur dan takut
  • Kepadanya tempat pergantungan kita yang hakiki
  • Dari Allah jugalah kita menerima semua ilmu dan petunjuk
  • Allah itu Esa, dan hanya padaNya kita menyembah & mengharap

Hari Kiamat l Ustaz Ali l Masjid Al-Huda

Kedahsyatan & Ketakutan Pada Hari Kiamat

  • Beriman pada hari kiamat merupakan antara rukun iman. Mereka yang tidak percaya pada azab kubur, neraka, syurga,neraka dan lain-lain tidak dikira sebagai beriman kepada hari kiamat.
  • Hari Kiamat merupakan perkara yang benar dan tiada sangsi padanya.
Berdasarkan Hadith Rasulullah S.A.W: Saidatina Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Adakah Allah mengingati kekasihnya pada hari kimata kelak? Rasulullah S.A.W menjawab, ya kecuali ketika 3 waktu:
  1. pengimbangan amalan
  2. ketika menerima buku amalan
  3. ketika kepala ular keluar dari neraka
Ular tersebut akan menangkap 3 golongan:
  1. orang yang memohon bantuan selain dari Allah
  2. orang yang samseng di muka bumi
  3. orang yang tidak beriman pada hari kiamat
Di atas neraka jahanam ada titian yang sehalusnya rambut dan lebih tajam dari pedang. Ada yang berjalan di atasnya seperti kilat dan angin. Maka berjayalah mereka yang berjaya melintasinya. Maka kecewa mereka yang gagal.

Bab-Bab Solat l Ustaz Amran Yusuf l Masjid Al-Huda

Bab-Bab Solat
Hukum Orang Yang Meninggalkan Solat

Muqaddimah

  • Tahun 2009 baru sahaja meninggalkan kita dan digantikan dengan tahun 2010. Cara sebahagian besar masyarakat menyambut tahun baru ini telah mencabar dan menguji keimanan kita sebagai umat Islam. Kita sering menadah tangan memohon keredhaan dan rahmat Allah, tetapi malangnya kita telah melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah.
  • Allah telah membalas perbuatan ini dalam bentuk kerosakan akhlak umat Islam yang saban hari semakin merunsingkan.
5 Golongan Yang Meninggalkan Solat
  1. Golongan yang mendapat kutukan dan laknat dari Allah
  2. Golongan yang kelak akan dihina di akhirat
  3. Golongan orang-orang yang rugi
  4. Golongan yang mendapat kemurkaan Allah
  5. Golongan yang akan dicampak ke dalam neraka saqar
Hukum Orang Yang Meninggalkan Solat

1.Kafir iaitu terkeluar dari Islam
  • Menurut Imam Nawawi: Seseorang Muslim yang tidak solat dikira kafir apabila dia mengingkari atau tidak menerima ayat-ayat dan perintah Allah untuk menunaikan solat. Contohnya, " Apa solat-solat, aku tidak terima solat dalam hidupku."
  • Perkecualian: Muallaf(orang yang baru memeluk agama Islam)
  • Menurut Ulama' Salaf: Muslim yang meninggalkan solat dan tidak merasa bersalah,kesal atau kecewa atas tindakannya dikira sebagai kafir.
  • Surah Al-Qalam: 42 & 43
يَوۡمَ يُكۡشَفُ عَن سَاقٍ۬ وَيُدۡعَوۡنَ إِلَى ٱلسُّجُودِ فَلَا يَسۡتَطِيعُونَ (٤٢)

خَـٰشِعَةً أَبۡصَـٰرُهُمۡ تَرۡهَقُهُمۡ ذِلَّةٌ۬‌ۖ وَقَدۡ كَانُواْ يُدۡعَوۡنَ إِلَى ٱلسُّجُودِ وَهُمۡ سَـٰلِمُونَ (٤٣


maksudnya:
(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya; (42)
Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat. (43)
  • Hadith Rasulullah S.A.W
  1. Perbezaan antara orang muslim dan kafir adalah solatnya (Imam Muslim)
  2. Janji antara orang Islam dan orang kafir adalah solatnya, sesiapa yang meninggalkan solat, maka kafirlah ia (riwayat Abu Daud, Imam Tarmizi dan An-Nasai)
  • Menurut Sheikh Daud: Orang yang meninggalkan solat itu akan mendapat kecelakaan dan kerugian dunia dan akhirat.

2. Tidak Kafir iaitu masih Islam tetapi Fasiq
  • Menurut Imam Az-Zuhri, Khalifah Umar Al-Aziz dan Imam Syafie: Tidak kafir Muslim yang meninggalkan solat, tetapi jatuh dalam golongan yang Fasiq. Menjadi kewajipan pemimpin untuk menyuruhnya (iaitu orang yang tidak melaksanakan solat) bertaubat. Jika ia masih ingkar, hukum dengan hukuman bunuh.
  • Surah At-Taubah:11
فَإِن تَابُواْ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّڪَوٰةَ فَإِخۡوَٲنُكُمۡ فِى ٱلدِّينِ‌ۗ وَنُفَصِّلُ ٱلۡأَيَـٰتِ لِقَوۡمٍ۬ يَعۡلَمُونَ (١١
Maksudnya:Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. (11)


  • Menurut Syeikh Muhammad As-Syed Al Banjari: Orang-orang yang meninggalkan solat tetapi tidak mengingkari hukum Allah tidak jatuh Kafir
wallahualam