Monday 8 February 2010

Permasalahan Suami dan Isteri l Ustaz Syarif l Masjid Al-Huda l 3 Februari 2010

Permasalahan Suami dan Isteri
Zihar

Surah Al-Mujadilah:1-4

قَدۡ سَمِعَ ٱللَّهُ قَوۡلَ ٱلَّتِى تُجَـٰدِلُكَ فِى زَوۡجِهَا وَتَشۡتَكِىٓ إِلَى ٱللَّهِ وَٱللَّهُ يَسۡمَعُ تَحَاوُرَكُمَآ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعُۢ بَصِيرٌ (١) ٱلَّذِينَ يُظَـٰهِرُونَ مِنكُم مِّن نِّسَآٮِٕهِم مَّا هُنَّ أُمَّهَـٰتِهِمۡ‌ۖ إِنۡ أُمَّهَـٰتُهُمۡ إِلَّا ٱلَّـٰٓـِٔى وَلَدۡنَهُمۡ‌ۚ وَإِنَّہُمۡ لَيَقُولُونَ مُنڪَرً۬ا مِّنَ ٱلۡقَوۡلِ وَزُورً۬ا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَعَفُوٌّ غَفُورٌ۬ (٢) وَٱلَّذِينَ يُظَـٰهِرُونَ مِن نِّسَآٮِٕہِمۡ ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا قَالُواْ فَتَحۡرِيرُ رَقَبَةٍ۬ مِّن قَبۡلِ أَن يَتَمَآسَّا‌ۚ ذَٲلِكُمۡ تُوعَظُونَ بِهِۦ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬ (٣) فَمَن لَّمۡ يَجِدۡ فَصِيَامُ شَہۡرَيۡنِ مُتَتَابِعَيۡنِ مِن قَبۡلِ أَن يَتَمَآسَّا‌ۖ فَمَن لَّمۡ يَسۡتَطِعۡ فَإِطۡعَامُ سِتِّينَ مِسۡكِينً۬ا‌ۚ ذَٲلِكَ لِتُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ‌ۚ وَتِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ‌ۗ وَلِلۡكَـٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ (٤
maksudnya:
Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil dia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (1) Orang-orang yang "ziharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. (2) Dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu) dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. (3) Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliah) dan itulah batas-batas hukum Allah dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (4)


Asbabul Nuzul ( Sebab penurunan ayat)
  • Saidatina Aisyah meriwayatkan: bahawa suatu ketika, datang seorang wanita (Khaulah binti Sa'labah) kepada Rasulullah S.A.W menceritakan masalah suaminya. Wanita itu mengadu bahawa suaminya itu menziharkannya (menyamakan belakangnya dengan ibu suaminya). Lalu apabila wanita itu pulang, dia berdoa mengadu kepada Allah. Tidak lama selepas itu, diturunkan ayat mengenai hukum zihar.
  • Apakah yang membuatkan wanita itu gelisah padahal masih belum ada hukum mengenai zihar?
  • Ibn Abbas berkata: Bahawasanya, kepercayaan jahiliah menyatakan bahawa apabila isterinya diziharkan, maka haram wanita tersebut bagi suaminya.
Hukum Zihar
  • Ketika zaman Jahiliah, apabila zihar dilaksanakan, maka jatuh talak
  • setelah diturunkan hukum zihar dalam Islam, hukum ini digelar hukum zihar.
  • jikalau seseorang menziharkan isterinya, maka dia perlu membayar khafarah sebelum menyentuhnya semula.
  • terdapat khilaf ulama'
  1. haram melakukan apa-apa (sentuh, duduk, makan bersama etc) dengan isterinya sebelum membayar khafarah. (mazhab hanafai, hambali dan maliki)
  2. Imam As-Syafie pula mengatakan bawaha hanya haram bersetubuh dengannya sebelum membayar khafarah. (salah satu dari fatwa Imam As-Syafie)
  • Tidak dikira zihar sekiranya isteri yang menyamakan belakang suami dengan ibunya. Hal ini adalah kerana kuasa untuk menghalalkan dan mengharamkan pernikahan terletak pada tangan suami.
  • Mengapa persamaan dengan ibu sahaja? (seperti yang ditulis dalam Al-Quran)
  1. menurut jumhur ulama', persamaan dengan ibu sahaja yang menjadi zihar.
  2. walaubagaimanapun, menurut pandangan Imam As-Syafie, persamaan dengan wanita yang haram dikahwini (muhrim) turut menyebabkan zihar.
Khafarah Zihar
  1. Memerdekakan seorang hamba, jika tidak mampu
  2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak mampu
  3. Memberi makanan kepada 60 orang miskin
  • perlu diikuti secara bertertib. tidak boleh memilih sahaja. perlu mengikut kemampuan.
Hikmah Khafarah Zihar
  • Supaya menjadi pengajaran kepada umat Islam agar berlaku adil dalam kehidupan rumah tangga dan jangan sekali-kali mendekati perbuatan zihar.
Pengajaran Ayat.
  • Allah mendengar aduan hamba-hambanya yang ikhlas.
  • Tidak boleh kita hendak menyamakan isteri dengan orang yg muhrim bagi kita
  • Dalam perihal melunaskan khafarah, kita perlu mengikut susunan dan tertib.

No comments:

Post a Comment