Monday 25 January 2010

Bab-Bab Solat l Ustaz Amran Yusuf l Masjid Al-Huda

Bab-Bab Solat
Hukum Orang Yang Meninggalkan Solat

Muqaddimah

  • Tahun 2009 baru sahaja meninggalkan kita dan digantikan dengan tahun 2010. Cara sebahagian besar masyarakat menyambut tahun baru ini telah mencabar dan menguji keimanan kita sebagai umat Islam. Kita sering menadah tangan memohon keredhaan dan rahmat Allah, tetapi malangnya kita telah melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah.
  • Allah telah membalas perbuatan ini dalam bentuk kerosakan akhlak umat Islam yang saban hari semakin merunsingkan.
5 Golongan Yang Meninggalkan Solat
  1. Golongan yang mendapat kutukan dan laknat dari Allah
  2. Golongan yang kelak akan dihina di akhirat
  3. Golongan orang-orang yang rugi
  4. Golongan yang mendapat kemurkaan Allah
  5. Golongan yang akan dicampak ke dalam neraka saqar
Hukum Orang Yang Meninggalkan Solat

1.Kafir iaitu terkeluar dari Islam
  • Menurut Imam Nawawi: Seseorang Muslim yang tidak solat dikira kafir apabila dia mengingkari atau tidak menerima ayat-ayat dan perintah Allah untuk menunaikan solat. Contohnya, " Apa solat-solat, aku tidak terima solat dalam hidupku."
  • Perkecualian: Muallaf(orang yang baru memeluk agama Islam)
  • Menurut Ulama' Salaf: Muslim yang meninggalkan solat dan tidak merasa bersalah,kesal atau kecewa atas tindakannya dikira sebagai kafir.
  • Surah Al-Qalam: 42 & 43
يَوۡمَ يُكۡشَفُ عَن سَاقٍ۬ وَيُدۡعَوۡنَ إِلَى ٱلسُّجُودِ فَلَا يَسۡتَطِيعُونَ (٤٢)

خَـٰشِعَةً أَبۡصَـٰرُهُمۡ تَرۡهَقُهُمۡ ذِلَّةٌ۬‌ۖ وَقَدۡ كَانُواْ يُدۡعَوۡنَ إِلَى ٱلسُّجُودِ وَهُمۡ سَـٰلِمُونَ (٤٣


maksudnya:
(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya; (42)
Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat. (43)
  • Hadith Rasulullah S.A.W
  1. Perbezaan antara orang muslim dan kafir adalah solatnya (Imam Muslim)
  2. Janji antara orang Islam dan orang kafir adalah solatnya, sesiapa yang meninggalkan solat, maka kafirlah ia (riwayat Abu Daud, Imam Tarmizi dan An-Nasai)
  • Menurut Sheikh Daud: Orang yang meninggalkan solat itu akan mendapat kecelakaan dan kerugian dunia dan akhirat.

2. Tidak Kafir iaitu masih Islam tetapi Fasiq
  • Menurut Imam Az-Zuhri, Khalifah Umar Al-Aziz dan Imam Syafie: Tidak kafir Muslim yang meninggalkan solat, tetapi jatuh dalam golongan yang Fasiq. Menjadi kewajipan pemimpin untuk menyuruhnya (iaitu orang yang tidak melaksanakan solat) bertaubat. Jika ia masih ingkar, hukum dengan hukuman bunuh.
  • Surah At-Taubah:11
فَإِن تَابُواْ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّڪَوٰةَ فَإِخۡوَٲنُكُمۡ فِى ٱلدِّينِ‌ۗ وَنُفَصِّلُ ٱلۡأَيَـٰتِ لِقَوۡمٍ۬ يَعۡلَمُونَ (١١
Maksudnya:Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. (11)


  • Menurut Syeikh Muhammad As-Syed Al Banjari: Orang-orang yang meninggalkan solat tetapi tidak mengingkari hukum Allah tidak jatuh Kafir
wallahualam


No comments:

Post a Comment