Friday 5 February 2010

Peringatan Kepada Manusia l Ustaz Ghazali Omar l Masjid Al-Huda l 14 Januari 2010

Peringatan Kepada Manusia

Peringatan! Allah mencela perbuatan manusia yang menyalahkan Allah apabila ditimpa musibah.
  • Kita sebagai hamba sepatutnya sentiasa redha dengan segala ketentuan Illahi.
  • Kita tiada hak untuk mengungkit dan mempersoalkan segala takdir dan ketentuan Allah.
  • Kita selaku hambaNya wajib berusaha dan berdoa memohon pertolonganNya apabila ditima sebarang musibah
Padahal, selama ini Allah telah memberi pelbagai nikmat kepada manusia.

Telah banyak kali kita mengkufuri nikmat Allah, tetapi Allah terus-menerus memberi nikmat kepada kita.
  • Nikmat yang diberikan berterusan dalam keadaan kita kufur kepada Allah tidak bererti Allah menyayangi kita. Hal ini mungkin juga istidraj, iaitu sesuatu keistimewaan yang diberikan kepada orang yang kufur kepada Allah, supaya mereka akan terpedaya dengan nikmat-nikmat dunia dan tidak akan mampu berhujah di hadapan Allah di hari kiamat kelak dan akan direjam ke dalam api neraka.
  • Mereka yang mengkufuri nikmat Allah dan terus dihukum oleh Allah di muka bumi ini menandakan Allah masih sayang terhadapnya.
Manusia juga sering meminggirkan ajaran Al-Quran sedangkan tiada perbuatan yang berat yang tidak mampu dilaksanakan oleh manusia dalam Al-Quran.
  • segala hukum-hukum yang diperintahkan oleh Allah, semuanya mampu dilaksanakan oleh manusia.
  • ayat ini juga menceritakan betapa mudahnya manusia melupakan dan meminggrikan hukum-hukum Allah yang wajib ditegakkan oleh setiap batang tubuh badan muslim yang masih bernyawa.
  • segala hukum Allah itu sentiasa relevan sepanjang zaman.
Manusia juga sering membenci takdir Allah sedangkan Alah tidak pernah membenci kepada manusia agar mereka bertaubat kepada Allah.

Ketika kita sihat, kita kufur kepada Allah. Namun, apabila diturunkun penyakit kepada manusia, siapakah yang menyembuhkannya? Tiada makhluk yang mampu menyembuhkan sebarang penyakit melainkan Allah.
  • berubat merupakan kewajipan dan kita juga wajib beriman bahawa Allah yang menyembuhkan segala penyakit.
  • kita perlu membanyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah dan memohon agar penyakit tersebut disembuhkan secara keseluruhannya.
Allah memberi kesihatan dan menyembuhkan manusia tetapi mereka tetap menentang hukum-hukum Allah. Adakah hal ini patut berlaku?

Rahmat untuk setiap manusia telah ditetapkan sukatannya oleh Allah.
  • semua hasil usaha manusia itu merupakan rahmat dan rezeki dari Allah.
  • adakalnya kita berusaha bersungguh-sungguh tetapi tidak mendapat hasil yang memadai. Hal ini ada kerana segala hasil dan rezeki itu merupakan ketetapan Allah.
Contoh orang-orang yang meringan-ringankan Al-Quran ialah orang yang meringankan zakat dan orang yang sudah mengetahui waktu solat tetapi tidak bersegera mengerjakan solat.

No comments:

Post a Comment