Monday 25 January 2010

Surah Al-Ikhlas l Ustaz Muhaimin l Masjid Al-Huda

Perihal Surah Al-Ikhlas

video kuliah ini di TVSelangor


قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدُۢ (٤

  • Merupakan surah yang diturunkan di Mekah. Surah-surah Makiah kebanyakannya memberi penekanan terhadap aspek akidah dan akhlak umat Islam.
  • Dalam surah Al-Ikhlas, aspek tauhid diberi penekanan.
  • Merupakan antara bahan pengajian yang penting bagi umat Islam sebelum berlakunya Hijrah
Kelebihan-kelebihan
  • Rasulullah bersabda: Pahala membaca surah Al-Ikhlas sama seperti membaca satu pertiga (1/3) Al-Quran.
Sebab-sebab Hadith diucapkan.
  • Seorang sahabat Rasulullah S.A.W mendengar sahabatnya yang lain mengulang-ulang membaca surah Al-Ikhlas. Beliau menganggapnya sebagai amalan yang kecil dan lantas bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Lalu Rasulullah mengucapkan hadith ini.
Al-Quran mengandungi beberapa aspek iaitu:
  1. Tauhid
  2. Hukum-hakam
  3. Kisah-kisah iktibar dan sejarah
Sebab-sebab Surah Al-Ikhlas Diturunkan (Asbabul Nuzul)
Ibn Abbas berkata: orang-orang musyrikin Mekah dan ketua mereka, Amir, berjumpa dengan Rasulullah lalu berkata: " Kamu, Muhammad, telah memecahbelahkan pihak kami, mencerca tuhan kami. Apakah hajatmu yang sebenar?
Rasulullah S.A.W menjawab: " Aku adalah utusan Allah, Aku mengajakmu meninggalkan penyembahan berhala dan menyembah Allah."
Mendengar jawapan itu, mereka pulang dengan rasa kecewa. Keesokannya mereka datang semula dan bertanya: "Ceritakan perihal tuhanmu. Adakah ia diperbuat dari emas, perak atau kayu?"
Maka untuk menjawabnya, diturunkan surah Al-Ikhlas.


Terjemahan Ayat

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١
maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

  • Esa tepat digunakan hanya untuk Allah. Esa bererti hanya satu dan tiada yang lain.
  • Surah ini merupakan intisari kepada umat Islam yang menyakini bahawa hanya Allah tuhan yang Esa dan berhak disembah.
ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢
maksudnya:
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

  • Tiada siapa yang mampu melaksanakan sebarang pekerjaan tanpa mengharap pada usaha dan tidak mengharap pada Allah.
  • Ayat ini menguji akidah umat Islam. Adakah kita benar-benar berharap pada Allah ataupun lebih berharap pada usaha dan makhluk yang lain.
لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣
maksudnya:
Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan

  • Hal ini bertentangan dengan kepercayaan Kafir Musyrik Mekah, Yahudi dan Kristian.
  • Ayat ini menafikan persamaan Allah dengan sifat makhluk.
وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدُۢ (٤
maksudnya:
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

  • Tidak ada yang sama pada:
  • Zat (fizikal)
  1. Allah itu Esa, tidak berbilang dan tidak bersusun.
  2. Tidak ada makhluk yang sama dengan Allah.
  • Sifat
  1. Sifat Allah iaitu Mendengar, Melihat dan lain-lain tidak sama dengan makhluk.
  2. Contoh: Allah Maha Mengetahui. Pengetahuan Allah tidak sama dengan pengetahuan makhluk yang bermula dengan kejahilan dan sering lupa.
  • Af'al (perbuatan)
  1. Makhluk perlu menempuhi pelbagai proses sebelum terjadinya sesuatu
  2. Allah hanya perlu berfirman "Kunfayakun","Dikatakan jadi,maka jadilah ia"
  3. Hal ini membuktikan betapa hebatnya kekuasaan Allah.
Kesimpulan
  • Surah Al-Ikhlas turut menekankan aspek keikhlasan pada Allah S.W.T
  • Hanya pada Allah matlamat kita
  • Kepadanya kita bersabar,bersyukur dan takut
  • Kepadanya tempat pergantungan kita yang hakiki
  • Dari Allah jugalah kita menerima semua ilmu dan petunjuk
  • Allah itu Esa, dan hanya padaNya kita menyembah & mengharap

No comments:

Post a Comment